K A M I

K A M I

Followers

qUrBan TeNaGa ItU "SeDeKaH", qUrBaN mAsA iTu "FiSaBiLiLlAh", qUrBaN HaRtA ItU "BeRzAkAt" & qUrBaN NyAwA iTu "JiHaT".


Monday, December 21, 2009

Suasana Raya 2009

Raya Puasa yang lepas kami sekeluarga menyambutnya di Kampung Ayah di Sg.Isap (Kuantan). Tapi 2 hari sebelum raya tu kami sekeluarga berada di Kampung Ibu di Jelebues atau KK (Kuala Klawang) N9. 2 hari tu kami tak melepaskan peluang untuk bermain bunga api...maklumlah di Ktn, susah sikit nak main. Kawasan perumahan, berbeza dengan di KK.

Gambar di bawah menunjukkan Kakak sedang
menolong Atuk menyalakan pelita di sekeliling rumah.

















Adik sempat berposing walaupun tengah main bunga api.




Kakak juga tidak melepaskan peluang untuk berposing.











Bergambar bersama sebahagian sepupu sebelum dipanggil oleh penjaga-penjaga bagi mengawasi hero2 dan heroin2 bermain bunga api. Nampaknya Iman Afi idak sabar2 nak main bunga api. Mia Humaira a.k.a Kak Yong hanya tersengih....agak takut dengan bunga api.


Persediaan tengah di buat oleh Iman Afi . Sedang mengalihkan besi ampaian Nenek ketepi bagi melebarkan kawasan untuk bermain bunga api bagi mengelakkan kaki dari tersadung.
Raya Di Kuantan
Pagi raya bersalaman dengan Atuk dan Wan Kuantan. Selepas selesai kami memulakan perjalanan dengan mengunjungi kawan-kawan Ayah di Kuantan. Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah Uncle Uji. Uncle Uji baru bertukar kerja dari Johor ke Kuantan dan buat sementara beliau duduk bersama dengan Ibu bertuanya di Peramu,Kuantan.
Bergambar bersama Atuk dan Wan Kuantan.
Selepas bersalaman dengan Atuk & Wan , kami sekeluarga mengunjungi rumah kawan Ayah. Kawan Ayah ni baru berpindah dari Johor ke Kuantan. Asalnya kawan Ayah dari bandar Pekan Pahang, berhijrah ke Johor Bharu dan kemudian balik semula ke Kuantan.
Apa yang menarik dalam perjalanan ke rumah kawan Ayah (Uncle Uji) , kami terserempak dengan ragam suasana hari raya yang lucu dan menarik. Sekumpulan kanak-kanak memeriahkan hari raya dengan menaiki sebuah lori untuk pergi beraya. Apalagi, kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar mereka, dan nampaknya mereka gembira bila gambar mereka dirakamkan...



No comments:

Post a Comment