Pada cuti Public Holiday yang lalu kami sekeluarga bersama Jiran karib kami telah mengadakan perlawanan Bowling yang bertempat di Alamanda,Putrajaya. Team dibahagikan kepada 2 iaitu Team Baba yang diwakili oleh Babah (Man 'King'),Saipul (Uncle) dan Farhan (Boy), manakala Team Mama diwakili oleh Mama (Mama Debom), Liza (Untie) dan Fatin (Girl). Difahamkan Acik juga berminat untuk menyertai tetapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, Acik tidak dapat sampai pada masa yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, kehadiran Acik tidak menganggu gugat Team Baba kerana bagi Team Baba,ada atau tidak Acik sama sahaja. Kakak dan Adik hanya menjadi pom-pom girl iaitu Kakak mewakili Team Mama dan Adik pula mewakili Team Baba.
Keputusannya biasalah... Herolah yang menang... Kepada Team yang kalah diharap janganlah berputus asa. Cubalah training dengan lebih giat lagi walaupun kalian tahu bahawa kekalahan sentiasa disisi...huhuhuh.....
Kakak dengan tekun mempelajari teknik-teknik untuk bermain bola bowling.
Adik juga dengan penuh minat telah cuba belajar untuk mempelajari dan memahami permainan bowling pada malam sebelum berlangsungnya perlawanan walaupun masih kurang cekap membaca...
Team Leader Grp Mama 'Debom' bersungut sendirian dan ternyata kecewa dengan balingan bola bolingnya yang gagal mengenai tepat kesasaran...
No comments:
Post a Comment