K A M I

K A M I

Followers

qUrBan TeNaGa ItU "SeDeKaH", qUrBaN mAsA iTu "FiSaBiLiLlAh", qUrBaN HaRtA ItU "BeRzAkAt" & qUrBaN NyAwA iTu "JiHaT".


Monday, December 21, 2009

Siaran Pengenalan

Assalamualaikum ... Inilah siaran sulong bagi blog GELAGAT yang akan memaparkan liku-liku perjalanan dan pengalaman yang akan diharungi oleh kami sekeluarga terutama 2 PUTERI kami.













Seisi Pengenalan :-

Nama :- Nur Anis Batrisyia Shaiful Hamidi
DOB :- 14/09/2003

Nama timangannya "kakak", dikenali sebagai "Anis" di kalangan kawan-kawan. Tahun 2010 ini akan berusia 7 tahun dan akan melanjutkan pelajaran di Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Rinching selepas menamatkan pengajian di Tadika Pelangi Elit di Pelangi Semenyih. Seorang yang periang dan nakal. Fobia dengan ubat . Cukup susah untuk makan ubat,tidak seperti adiknya yang menganggap ubat seperti "gula-gula". Minat berbasikal dan berenang dimasa lapang. Bercita -cita untuk menjadi seorang Doktor apabila dewasa kelak.













Seisi Pengenalan :-

Nama :- Nur Amira Shafiqa Shaiful Hamidi
DOB :- 16/08/2005

Nama timangannya "adik" walaupun dah besar. Tunggulah jika Ibu mengandung lagi... tapi dikenali sebagai "Shafiqa" di kalangan kawan-kawan. Tapi kami sekeluarga memanggilnya "Adik" a.k.a "Mira" saja. Tahun 2010 ini akan berusia 5 tahun. Beliau akan bersekolah di Tadika e-Iman. Tak tahulah apa akan terjadi kepada adik kerana adik seorang yang susah untuk bangun awal pagi. Selalunya jika kami balik kampung atau terpaksa berada atau bertolak disesuatu tempat dengan awal pagi, kami akan mengangkut adik ke dalam kereta dan terus bertolak tanpa mandi pagi dan akan singgah di perhentiaan untuk memandikan adik dan bertukar baju...

Itulah serba sedikit tentang 2 "PUTERI" kami. Bagi tahun 2009 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa terdekat ini, jadi tak banyak peristiwa-peristiwa menarik yang dapat dipaparkan... walaubagaimanapun kami akan tetap menyiarkan rentetan peristiwa-peristiwa di tahun 2009 atau sebelumnya bagi kenang-kenangan. Mungkin diawal tahun 2010 ini kami akan cuba untuk meng-update blog kami ini.

No comments:

Post a Comment