K A M I

K A M I

Followers

qUrBan TeNaGa ItU "SeDeKaH", qUrBaN mAsA iTu "FiSaBiLiLlAh", qUrBaN HaRtA ItU "BeRzAkAt" & qUrBaN NyAwA iTu "JiHaT".


Monday, February 1, 2010

Nasi Padang - Melaka

Selepas menikmati Cendol Leman Dawi, Kita terus ke Melaka untuk makan tengahari. Angah mencadangkan kita makan Makanan Padang di Melaka. Nama kedai tak ingat, tapi lokasi berdekatan dengan Dataran Pahlawan.
Makanan Padang, standart ler...makanan Minang...berselero la diorang..
Masuk kedai, terus order...tak lupa jus avocado...teringat masa makan di Restoran Pak Datuk masa gi Bukit Tinggi dulu..

Makanan ok tapi kata diorang tak setanding Restoran Pak Datuk. Ayah ok aje...janji leh telan dan kena ngan selera kalau nak dibandingkan dengan masakan Sunda.

Atuk lagi best...terasa macam berada kat Indon...siap tambah lagi makan..Nenek pun sama..tak banyak komen...maknanya kena ngan selera lah tu...


Banner kat luar kedai..

Kakak dengan ais blander

Adik minum jus apple

Ini lah dia jus avocado...baik untuk kulit..
Ni macam kari kepala ikan ler..

Ni tak tau lauk apa..

Ayam kampung goreng..tang serdak tu yang sedap tu..

Ini dia sate ala minang..ok la tapi kuah tu kurang...
Selepas kenyang makan..kita pergi la solat..solat kat Masjid baru. Masjid tu terletak di hujung laut..tanah tambak. Lawa la juga Masjid tu tapi kecik la sikit,macam Masjid Kristal kat Terengganu.

2 comments: