Salam, pada hari Ahad 16/01/2010, kami sekeluarga telah ke Melaka untuk meraikan Hari Jadi Nenek. Harijadi Nenek ialah pada 15hb, tapi kami celebrate pada 16hb. So... pagi tu on the way kami ke Melaka, kami telah singgah makan cendol yang dikatakan popular iaitu Cendol Leman Dawi. Leman Dawi ini adalah bekas seorang anggota askar. Jika anda makan cendol di warung Leman Dawi ini,dan sekiranya anda ingin menambah cendol lagi, ianya percuma...best tak? Kenapa Leman Dawi memberi percuma bagi setiap tambahan cendol untuk pelanggannya...menurut Leman Dawi, semasa beliau kecil, beliau amat menggemari akan cendol. Jadi untuk makan banyak..kena la beli banyak..jadi dia pun tekat utk buka gerai menjual cendol dan memberi tambahan percuma kepada pelanggannya.. itu lah menurut ceritanya..
Ramai juga pelanggan yang singgah makan di gerainya..menurut Along, dia boleh menjual lebih kurang atau senang cakap 2,000 mangkuk cendol sehari. Itu kira mangkuk saja,belum tapau lagi...
Ini lah kain banner yang terentang di hadapan Gerai Cendol Leman Dawi...
Ini lah rupa cendol Leman Dawi.
Kakak menghirup cendol dengan menggunakan straw.
Adik juga menikmati cendol Leman Dawi.
Acik dengan gaya bersahaja menghirup cendol...sodap ko?
Ini aksi Adik selepas makan cendol. Pantang jumpa taman..mesti nak singgah main.
Tak sabar2 nak main kat taman. Taman permainan ni terletak cuma disebelah Warung Cendol Leman Dawi.
Tengah suka sangat main buai...tengok Adik tu..tingginya buai...
Dah..tiba masa untuk meneruskan perjalanan...standard la...kalau dah main,bukan senang nak berenti...
No comments:
Post a Comment