Minggu lepas penuh dengan tangisan...tangisan Ibu & Ayah ler...(duit poket kena keluar)..apa tidaknya, tiles bilik Kakak pecah..Kitaorang dah decorate bilik Kakak supaya dia boleh tidur bilik sendiri,mandi di bilik air sendiri, pakai baju di bilik sendiri..pendek kata punya bilik sendiri lah...
Siangnye bila dah siap hias bilik Kakak, dengan bangganya pada sebelah malamnya bermulalah kisah Kakak untuk tidur dibilik sendiri. Air-cond pun dah dipasang,jadi tidak lah panas lagi bilik Kakak.
Tengah lena diulik mimpi,tiba-tiba Ayah terdengar bunyi yang mencurigakan..ingatkan syiling bilik pecah ke ape ke..rupa-rupanya tiles bilik Kakak pecah. Kuat sungguh bunyinye..hinggakan Baba pun menelefon bertanyakan khabar...
Ayah pun kelam kabut. Nak buka bilik Kakak tak boleh pasal tiles yang pecah tu telah menyekat pintu bilik dari dibuka, apa lagi...masuk melalui bilik air ler...
Yang herannya,Kakak masih lagi tido...tak tau apa terjadi...mungkin penat sangat kot balik dari sekolah atau terlalu lena tido..maklumlah first time tido bilik sendiri...ahaks...
nasib baik Adik tak tido lagi...sibuk menyinding nak tido ngan Ayah di bilik Ayah...kalau tak,nasib Adik teruk ler sikit...
Ni antara upload gambar yang telah sempat dirakam semasa cina kontraktor sedang menyiapkan bilik Kakak...alang-alang bilik Kakak di baiki, ruang tamu atas tu pun di baiki sekali...lebih setahun ruang tamu atas pecah tapi tak dibaiki...
Sedang Ayah tengah off-day, pergi ler ke Kedai Kontraktor Mr.Lee di jalan Reko, nego-punya nego,Mr.Lee dapat ler orang yang nak buat tiles tu. Minta diaorang siapkan dalam mas 3 hari..seperti yang dijanjikan, maka dalam tempoh 3 hari pun siap lah. Punya la penah hari-hari kena vakum dan mop rumah...
Gitu ler ceritanya weh....
No comments:
Post a Comment