K A M I

K A M I

Followers

qUrBan TeNaGa ItU "SeDeKaH", qUrBaN mAsA iTu "FiSaBiLiLlAh", qUrBaN HaRtA ItU "BeRzAkAt" & qUrBaN NyAwA iTu "JiHaT".


Wednesday, June 23, 2010

Kakak cabut gigi

Semalam kakak mengadu gigi dia dah goyang... nak minta tolong bawakan ke klinik gigi untuk dicabutkan. Dan pagi ni, Ayah dah hantar Kakak ke Klinik Gigi Suria di Kajang untuk dicabutkan. Berani beb, tengok Kakak cabut gigi, sikit pun tak takut. Ayah lah pulak yang ngeri.
Ni gambar kakak sebelum giginya dicabut. Pergi klinik Gigi naik motor aje,takut jammed. Tu gambar pakai helmet tu...



Ni gambar selepas giginya dicabut...balik dari cabut gigi, demand lebih-lebih lah pulak.. mintak aiskrim la, Majalah Ana Muslim la, nasi lemak ler...



Sunday, June 20, 2010

Bergambar di Danga Bay....

Ni antara gambar gambar yang diambil di Danga Bay.
Kakak,Adik dan 2 sepupunya... Irfan & Aqif. Ni disekitar Danga Bay. Ada Rumah Limas kat sini.. Rumah Limas tu ialah Rumah rakyat negeri Johor mengikut daerah masing-masing. Kalau kita berasal dari Muar,ada la rumah dari daerah Muar..begitu juga kalau daerah Batu Pahat ke atau Kota Tinggi ke atau sebagainya. Tapi kitaorang tak masuk Rumah Limas tu,pasal budak-budak sibuk nak naik keretapi yang berjalan mengelilingi Danga Bay.
Lepas tu dapat tengok kapal layar berlabuh. Ia seakan akan Marina Bay yang ada kat Port Dickson tu... ala-ala Monte Carlo gitu..tapi tak la banyak sangat kapal layar tu..mungkin sebab Danga Bay tu dalam construction lagi kot.














Kakak ambil gambar.

Ni antara ambar-gambar yang diambil oleh Kakak dalam perjalanan dari Stualang Laut ke Danga Bay. Stualang Laut ni kawasan tepi Selat Teberau, kalau berenang pun sampai. nampak dekat...
Kitaorang breakfast kat Stualang Laut ler.. Disini juga terdapat 'The Zon' iaitu kawasan bebas cukai.. tak pegi pun... masa tu tak buka lagi..ingat nak pegi tgh sikit, langsung terlupa...lain kali ajer ler..























Okey tak gambar yang Kakak ambil ni.... leh ler komen. Ok ler tu utk begineer. Tu guna kamera Canon PowerShot A550. Ok la tu bagi seorang kanak-kanak.

Gelagat dalam keta - muka-muka boring.

Ni muka - muka boring dalam keta dalam perjalanan ke Johor Bharu...sila tengok dan comment sendiri...
Kebanyakan gambar ni dirakam oleh Adik sendiri...macam macam aksi dapat dilihat.. Penat main game hp , bergurau..lepas tu melalak..lepas tu baik semula..lepas tu..suka..lepat tu...lepas tu..lepas tu..lepas tu....







































Johor

Jelajah Johor telah bermula,tapi tanpa co-pilot terlatih kerana kena kerja (Plant shutdown)...kesian... mmg terasa bahangnya,kerana co-pilot yang ada hanya diam membisu...huhuhu...
Ada 2 additional penumpang (Irfan Najmi & Aqif Zaquan) anak along yang telah mengikuti kembara Johor ni. Diaorg ada kat Kampung,so ajak ler sekali...lagipun cuti sekolah & kereta kosong.
Lepas ambil Nenek,Atuk,Irfan& Aqif kat Kg,singgah Seremban pulak ambil baju dan kasut Irfan & Aqif. Along dah tunggu kat rumah. Lepas solat asar kami terus gerak.Perjalanan bermula 6.00ptg dan tiba di Johor Baharu pada sebelah malamnya lebih kurang 9.30 mlm.
Sesampai nya di Johor Bharu,kita berhenti makan di Belanga Pecah di Danga Bay. Lepas makan cari ler Hotel tempat nak tido.
Pergi ler ke "thistle", tapi penuh...pergi ler pulak ke "Puteri Pasific", pun penuh. Alamak..ada yang tido dlm keta tak pun masjid ni...
Rayap punya rayap sampai Stualang laut...dapat ler hotel .."Blue Wave"...ok gak tempat ni. Bilik pun ok,harga pun ok. Ambil dua bilik. Atuk,nenek,Irfan & Aqif satu bilik,kitaorg satu bilik.
Bila dah pagi ,baru ler nampak rupa-rupanya Tambak Johor tu depan kitaorg ajer. Singapore dah didepan mata. Pasport mmg tak bawa,saja jer. Kalau bawa & masuk Singapore...kesian lak kat co-pilot terlatih yang tgh keje tu. Janji nak masuk sesama..Janji tetap janji.
Ok...ni antara gambar yang diambil menggunakan hp BB Ayah.


Ni ler dia Singapore yang ada seberang selat ajer... Tengok ler dulu,nanti ada masa kita gi la pulok..



Gambar Adik yang dirakam di atas Masjid Abu Bakar. Cantik Masjid Abu Bakar ni..terletak diatas bukit. Mengadap Selat Tebrau...yang nampak bangunan kat belakang tu Singapore ler.. cantik kan...



Ni gambar didalam Masjid Abu Bakar.



Ni gambar Mimbar Masjid Sultan Abu Bakar... Ada cerita ttg mimbar ni.. tika Ayah dah habis solat,carilah Adik..mana ler peginyer Adik ni.. Lepas tu ternampak ler 2 org budak lelaki sedang berkejaran di dlm masjid tu..tiba-tiba budak lelaki tu terhenti dan terus memandang ke arah mimbar masjid tu...rupa-rupanya, Adik dah naik keatas mimbar masjid tu...senakal nakal budak yang berlari tu, nakal lagi ler Adik...huhuhuhu....



Ni ler rupanya 'thistle Hotel'. Cantik kan..ingat kalau datang lagi leh ler menginap disini..



thistle lagi...


Ni gambar yang dirakam lensa candid..gambar Atuk sedang lalok tika tengah tunggu keta tengah dibasuh di car wash. Sian Atuk...penat agaknya..



Ni kedai makan yang kitaorg singgah utk makan tgh. Kedai tepi jalan mengadap Danga Bay..okey la tempat ni...malam pun buka juga..24 jam operasi.



Gambar sekitar Danga Bay...



Pun di Danga Bay..kedai Cow Boy.


Ni kedai makan tgh tu..ramai juga org singgah..Singaporian pun ramai makan.. kerek ler pulak Singaporian ni..



Kedai makan lagi..



Kedai makan lagi.



Tu antara gambar yang dirakam dgn BB Ayah..ada lagi dla kemera..ada masa nanti kita upload. Adios.