K A M I

K A M I

Followers

qUrBan TeNaGa ItU "SeDeKaH", qUrBaN mAsA iTu "FiSaBiLiLlAh", qUrBaN HaRtA ItU "BeRzAkAt" & qUrBaN NyAwA iTu "JiHaT".


Tuesday, January 19, 2010

Cendol Leman Dawi - Melaka

Salam, pada hari Ahad 16/01/2010, kami sekeluarga telah ke Melaka untuk meraikan Hari Jadi Nenek. Harijadi Nenek ialah pada 15hb, tapi kami celebrate pada 16hb. So... pagi tu on the way kami ke Melaka, kami telah singgah makan cendol yang dikatakan popular iaitu Cendol Leman Dawi. Leman Dawi ini adalah bekas seorang anggota askar. Jika anda makan cendol di warung Leman Dawi ini,dan sekiranya anda ingin menambah cendol lagi, ianya percuma...best tak? Kenapa Leman Dawi memberi percuma bagi setiap tambahan cendol untuk pelanggannya...menurut Leman Dawi, semasa beliau kecil, beliau amat menggemari akan cendol. Jadi untuk makan banyak..kena la beli banyak..jadi dia pun tekat utk buka gerai menjual cendol dan memberi tambahan percuma kepada pelanggannya.. itu lah menurut ceritanya..
Ramai juga pelanggan yang singgah makan di gerainya..menurut Along, dia boleh menjual lebih kurang atau senang cakap 2,000 mangkuk cendol sehari. Itu kira mangkuk saja,belum tapau lagi...

Ini lah kain banner yang terentang di hadapan Gerai Cendol Leman Dawi...

Ini lah rupa cendol Leman Dawi.

Kakak menghirup cendol dengan menggunakan straw.

Adik juga menikmati cendol Leman Dawi.

Acik dengan gaya bersahaja menghirup cendol...sodap ko?

Ini aksi Adik selepas makan cendol. Pantang jumpa taman..mesti nak singgah main.

Tak sabar2 nak main kat taman. Taman permainan ni terletak cuma disebelah Warung Cendol Leman Dawi.

Tengah suka sangat main buai...tengok Adik tu..tingginya buai...

Dah..tiba masa untuk meneruskan perjalanan...standard la...kalau dah main,bukan senang nak berenti...

Kakak ke saloon.

Salam..setelah melihat Kakak dalam keadaan yang kurang terurus semasa pergi ke sekolah, pada malamnya Ibu dan Ayah telah membawa Kakak ke saloon rambut untuk memotong rambut Kakak. Kesian la pulak tengok Kakak pergi kesekolah dalam keadaan rambut yang panjang dan basah...yelah...masih kecik lagi..biarlah besar sikit nanti bolehlah berambut panjang sedikit. Ini adalah antara gambar yang telah diambil semasa disaloon gunting rambut.


Pandangan dari tepi..rambut yang sedang dipotong...

Dari sudut depan...

Ni aksi budak yang mengacau...habis kacau bilau saloon rambut malam tu...tak reti duduk diam.

Tengah buang rambut yang terlekat pada seluar...

Ni lah tukang gunting rmbut Kakak..tengok rambut tukang gunting tu...cantik tak?..

Sedih aje muka Kakak rambut kena gunting...siap pesan lagi rambut taknak pendek sangat mcm rambut Ara..Rambut tukang gunting dari hadapan..cantik tak??...

Sedang di trim rambutnya...hah...nampak tak rambut tukang gunting tu...hahaha...

Rambut disebelah belakang dah digunting..tinggal rambut depan sahaja sikit...

3rd day to school.

Salam...ni pula video clip Kakak ke sekolah pada hari ke-4. Ayah dan ibu observe Kakak dari dalam kereta... Ayah dan Ibu tunggu Kakak jam 12.20tgh. Tepat jam 12.30tgh, van yang menghantar Kakak tiba diperkarangan sekolah..

Dengan rambut yang tidak berikat dan kain yang tersingkap atas pada stokin, sedih juga tengok Kakak mcm tu..kalau tidak kerana tiada pilihan, terurus la sikit Kakak kesekolah...

Hai..inilah kehidupan...

Wednesday, January 6, 2010

2nd day to school.

Salam sejahtera...setelah sekian lama blog ni bersawang..... sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk mengupdatekan cerita2 baru...

Ok untuk tatapan umum disertakan video clip Kakak pada hari kedua ke sekolah. jam 12.30 tgh, Ustaz Wahid akan menghantar murid2 kesekolah dengan menaiki van..

So...lihatlah Kakak apabila sampai di sekolah. Berlari lah pulak bila turun dari van. Pergi ke sekolah mungkin tidak sesibuk waktu pulang dari sekolah bilamana ibu-bapa pelajar, dengan motor,kereta,van dan bas sekolah penuh dihadapan untuk menunggu murid2 dan anak masing2.

Seminggu Ayah bercuti nak observe Kakak pergi dan balik dari sekolah supaya Kakak turun dan tunggu ditempat yang telah dijanjikan supaya sesiapa yang berkenaan senang untuk mengambil Kakak pulang dari sekolah.

Video clip ni dirakamkan di hadapan sekolah Kakak. Ayah bersama dengan Ayah Ara turut sama menunggu dan melihat anak masing2 ke sekolah...

Monday, January 4, 2010

1st day to school.

Arini Kakak n Adik, 2-2 started the new phase in their life..Kakak of course start 1st day Darjah 1 arini, Adik plak start her kindergarden 5 years old..
Adik cam biasa..mayb sbb dah biasa kat taska b4 this..so x dek la tekezut budaya sgt..mantain jek.. Kakak pun same..
Bab yang paling best buat Adik ialah bab bangun pagi....Ya..Allah..... bukan main liatnyer....macam macam alasan yang diberinya...mengantuk lagilah...letih ler...maklum ler malam tadi tidur jam 3 pagi> bangun satu hal...bab nak mandi la pulak...ya rabbi...sejut tu ayat standard la...tapi ok la..mandi la juga...basah la rambut...
Lepas pakai baju dah ok...mintak susu dan suruh buka 613..standard...
Kakak pulak tiada masalah... bangun awal juga pasal nak pergi daftar kat Ummah Gemilang..Sekolah Agama..Kakak, Ayah tak nak suruh belajar KAFA pasalnya pelajaran Agama dah ada kat sekolah...


Ni gambar Kakak sebelum pergi ke sekolah. dah tak sabar nak pergi sekolah...dari jam 11 pagi lagi dah tanya Ibu bila dia boleh pakai baju sekolah...Yang bestnyer, bangun pagi nak daftar Tahfiz Ummah Gemilang pun dah pakai baju sekolah..apa lagi menjeritlah Ibu suruh tukar baju...hahahaha...

Ni gambar Adik sebelum pergi ke sekolah. dah tak sabar nak pergi sekolah...tengok kat tangan tu...siap salinan sijil lahir lagi bawa nak daftar sekolak...hahahaha.......Yang bestnyer, tang bangun pagi, Ya..Allah...punya la liat nak bangun...menangis dah tentu...alasan mengantuk la, tak cukup tidurla...mcm2..mana tak nya..malam tu tidur jam 3 pagi....dah sedar satu hal...time nak mandi la pulak...Ya Rabbi...susahnyer..sejuk tu alasan biasa....bila dah siap berpakaian lengkap, minta susu dan suruh buka tv..613 standard..

Gambar yang sempat di rakam lensa Ibu...baru2 masuk kelas...kena beratur...

Tengah nak luruskan barisan....

Murid2...angkat tangan ke hadapan....

Macam ngantuk aje.....lum apa2 lagi dah layu...

Tengah dengar taklimat Cikgu...

Ntah apa yang menarik perhatian Adik agaknya...

Macam tengah confius jer...
Jeling sapa tu....

Cikgu sedang ambil rekod kedatangan....

Bersama rakan2 baru...

Sempat menjeling pada Ibu yang sedang ambil gambar....

Ni dah marah dah ni...Siap halau Ibu balik...Adik nak belajar la....

Memberi tumpuan dengan mendalam atas arahan Cikgu....

Tadi memberi tumpuan pada Cikgu...sekarang Cikgu pula memberi perhatian atas Adik...hahahaha....

Gambar Fail Peribadi Kakak yang dirakam lensa Ibu...


Dalam kelas...murid baru sebelah tu anak Cikgu SK Semenyih...Saja Cikgu tu taknak letak anaknya di Sekolah yang sama tempat dia mengajar..katanya nanti anaknya tak boleh berdikari...

Nampak bekal air tu...siap air oren lagi...

Pose sebelum mula belajar...

Lagi pose...

Ni nama kelas kakak...Kelas 1 Bestari...nama Guru..Guru Noor Azlin...Kakak bukan tentu lagi kelas dan guru yang sama..dlm 2-3 minggu ni orientasi dan ada exam...keputusan exam tu nanti yang akan menentukan kelas sebenar Kakak...

Muka masam bila Ibu nak gi Kantin...Tak leh tunggu lama2 kat depan pintu kelas...Guru kelas marah...ibubapa kena tunggu kat kantin sekolah...

Dah mula nak belajar...ambil kedatangan...

Memberi perhatian atas arahan Guru...

Antara menu2 yang ada kat kantin sekolah...Owner kantin tu kata menu lebih kurang macam tu ler..kalau tukar pun tak banyak beza...

Menu lagi...

Dan lagi....

Rehat time...
Syaqir pun sama Darjah 1 di SK Rinching...kelas lain..Auntie Yan tgh melayan Syaqir makan masa rehat..

Tengah kira duit nak beli nasi lemak...

Selesai beratur beli nasi lemak...

Rehat time..

Farisha Azizan...budak paling simple...indipendence gila..pergi kantin sorang2, beratur beli hotdog Rm1.00, air 30sen...

Ara tengah makan nasi lemak juga...walaupun Syaqir, Farisha dan Ara satu sekolah tapi kelas lain2..

Pelan Lokasi SK Rinching bagi seisi petang tahun 2010...kelas Kakak yang berwarna oren, dua dari kanan..kelas dibawah...

Pelan Lokasi SK Rinching bagi seisi pagi tahun 2010...